Setiap tahun, China akan meraikan National Day dengan cuti 10 hari. Ramai lah budak kat beijing ni plan pergi jalan. Salihah mar dengan bahagianya pergi Xinjiang, pastu usrahmate semua takdek gi jalan. Aimi gi inner mongolia, Ema pegi guangzhou. Kalau ikutkan hati naaaaaaak sangat ikut salihah dengan mar!! Sebab xinjiang ni, memang tempat wajib pergi lah. Tengok macam mana saudara kita saban hari bersabar berdepan dengan kerajaan yang sentiasa menghimpit dan menekan. Okay. Tapinya terpaksa batalkan niat nak ikut sebab kena simpan duit! Maka. Kita plan lah jalan beijing jekkkk.
Kita start cuti kita dengan pergi gunei water town. Dalam gambar ni, yg comel tu nama dia En Xuan. umur dah 31 tapi lagi comel dari kite 😪 Baik sangat. Yang lagi satu nama dia Xian Xu. Baik gak.
Trip ke Gubei ni sebenarnya trip kedua. First time pergi hari tu masa bawak member yg datang beijing gi situ. Ada lah orang tanya tak boring ke pergi tempat samaaaa jek? Hm tak pun. Memang jenis orang yang okay je buat benda banyak kali. Okay je tengok cerita 3 Idiot banyak kali, okay je panjat Great Wall 30 kali. Setakat nak gi gubei ni kali kedua, takde hal lah. Ha. Kali ni punya, sekolah yang bawak. Sebab hari tu ada masuk pertandingan buat video. So hadiahnya..? Gi jalan lah!!
Dekat sini, cantik waktu malam. Lampu dia banyak.
Banyak tempat nak amik gambar kat sini. tempatnya luas. Tapi kalau nak bawak orang yang berumur macam tak sesuai. Sebab dia luas sangat.
Bangunan kat sini semua lama-lama. Dia ada sungai kat tengah-tengah sebagai pengangkutan utama dia waktu dulu. Pastu tepi-tepi tu semua rumah lama-lama yang sekarang dah jadi kedai.
Terima kasih sekolah, bawak ktorang jalan! Lain kali saya akan masuk semua pertandingan yang ada. Makanya boleh berjalan free lagi!
No comments:
Post a Comment